Wednesday, December 30, 2015

Teaser: Saat Kau Hadir Dalam Hidupku - Xuanza


Tiba-tiba rasa bergoyang sikit tempat duduk aku. Sah! Dia duduk kat sebelah aku. Semerbak bau minyak wangi yang maskulin. Tapi kenapa macam kenal aje bau ni? 

Aku malas nak ambil pusing pasal benda tu. Lebih baik aku menghadap majalah Superbike yang aku beli tadi. Tiba-tiba terdengar bunyi kertas yang sengaja diselak kasar. Mula-mula aku buat selamba dulu, tapi makin lama, makin menjadi-jadi pula manusia sebelah ni. 

 Aku terus tutup majalah dengan kasar. Dalam otak dah susun ayat nak ‘bahasakan’ jiran sebelah. 

 “Excuse me! Would you mind... Kau?!” 

 Aku rasa kalau mata aku ni boleh dibesarkan lagi, memang aku akan besarkan mata cukup-cukup. Punyalah terkejut tengok orang tak ada adab ni betul-betul duduk sebelah. Lepas tu boleh pula dia tayang muka selamba macam tak ada apa-apa. 

 “Hi, neighbour! Glad to meet you again.” Dia senyum. Tapi aku rasa macam nak tendang dia keluar daripada kapal terbang ni. Mesti dia akan balas dendam balik atas apa yang aku dah buat kat dia tadi. 

“Kau buat apa dekat sini?” tanya aku. 

 “What the hell do you think I’m doing, um?” Dia jongket kening sebelah. 

 Grrr... Geramnya! Sah-sah dia nak balik Malaysia juga. 

 Lepas tu masing-masing senyap. Dia sibuk selak majalah Time. Aku pula nak sambung baca majalah, tapi baru nak selak tiba-tiba...

 “A woman should know how to look like a girl, act like a lady and think like a man.”

Aku ketap bibir. Astaghfirullahalazim... Sabarkanlah hati hambamu ni, Ya Allah!

“Suka hati aku la! Apa hal nak sibuk? Ada aku ganggu kau ke?”

Saturday, September 12, 2015

EBOOK ATAU BUKU FIZIKAL?

Perbezaan Ebook dan Buku.


Ebook ialah buku elekronik. E-book dibaca menggunakan gajet elektronik seperti apple ipad, samsung Galaxy Tab, Kindle, Motorola Zoom dan banyak lagi.

Ebook boleh didapati dalam bentuk pdf atau microsoft word.. Kebanyakan ebook adalah dalam bentuk PDF file.

Sesuatu gajet yang boleh membaca PDF file dinamakan sebagai ebook reader. Contohnya iPod touch. iPod Touch juga boleh membaca PDF dengan menggunakan iBooks application. Sebaiknya membaca ebook di iPod Touch pada pandangan saya ialah menggunakan suatu aplikasi bagi sebuah ebook di App Store. 

Mari kita lihat perbezaan kebaikan dan keburukan antara sebuah ebook dan sebuah buku:


Buku
Ebook
Dalam bentuk fizikal (boleh dipegang)
Dalam bentuk maya( perisian/software)
Perlu dijaga dan berat
Boleh disimpan di mana-mana(contoh pendrive, computer, 4shared, box.net)
Tidak memerlukan peranti untuk dibaca
Memerlukan peranti seperti kindle, ipad untuk dibaca(ebook reader)
Perlu dicari di kedai atau online(perlu tunggu buku sampai)
Boleh di muat turun secara percuma atau membeli menerusi online(cepat sampai)

Pendapat dari pembaca:

Pendapat dari penulis buku:


Roctoberians! Apa pilihan anda?

Jika e-book? Klik sini
Kalau buku fizikal, klik sini.

Tuesday, September 8, 2015

THE NEXT BIG THING

At first I wasn’t sure what this meant until a little research told me it’s also called the Work In Progress Challenge, where you’re asked a few questions about the book you’re writing (English or Malay). Sounds like fun, so here we go ! Authors/Writers are invited to join this exciting tagging exercise. When you're done, you tag the next author and we will post their responses to the questions below in our October blog. 1. What is the working tittle of your book? 2. Where did the idea come from for the book? 3. What genre does your book fall under? 4. Which actors would you choose to play your characters in a movie rendition? 5. What is the one-sentence synopsis of your book? 6. Will your book be self-published or undertaken by a publisher or represented by an agency? 7. What other books would you compare this story to within your genre? 8. Who or what inspired you to write this book? 9. What else about the book that might pique the reader's interest? Lastly, don't forget to tag the next writer for us :)

Wednesday, August 5, 2015

TEASER #3: CIK SERBA TAHU - SYAMNURIEZMIL


Cepat saja aku masuk ke dalam kereta Encik Bun
dan menghidupkan enjin. Baru saja hendak keluar dari
pekarangan rumah itu, ada sebuah kereta Porsche berwarna
hitam, meluncur masuk tak agak-agak menyebabkan aku
berhenti mengejut.

 Huhhh... Nasib baik tak kena.
Dia keluar dan mengetuk cermin pintu kereta itu.
“Tahu bawa kereta ke tak?”
Aku tergamam. Siot mamat ni! Dia yang tak tahu,
atau aku yang tak tahu?
Aku membuka tingkap kereta itu.
“Encik...”
“Carl Adham.”
Eh, mamat ni. Siapa tanya nama dia entah...

“Encik, kalau naik bas pun, orang yang menunggu
akan bagi peluang orang keluar dulu, daripada masuk.
Serupalah macam situasi sekarang, bagilah saya keluar
dulu, barulah masuk.”

“Oh, saya tak pernah naik bas.”
Kekwatnya?
“Sudahlah, saya dah lambat.”
Aku terus menutup tingkap dan berlalu. Tapi,
hati... rasa sakit. Hesy!

Sunday, August 2, 2015

TEASER #2: CIK SERBA TAHU - SYAMNURIEZMIL






"Hah... Rendamkan kain tu dan perah, letakkan atas dahi."

"Baik."
Aku menurut. Aku meletakkan atas dahi Encik Bun.

Encik Bun Menepis tangan aku.
"Sejuk,"
Aku letakkan lagi atas dahinya.

"Memanglah sejuk, Encik Bun. Nama pun letak ais."
"Sikit saja. Nak baik demam tak?"
Encik Bun diam saja.

"Hah... Kalau mulut aku mula nak membebel,
semua lelaki menjarakkan diri sepuluh kaki.

Mujur saja Encik Bun tak larat, kalau tidak, dia pun sudah berlari.
Datin Harizah tersenyum. "Macam ni Bun, kamu kahwin saja dengan Aerna. Habis cerita.
Sakit demam boleh Aerna tolong jaga."

"Bun dah ajak dia kahwin, tapi dia tak mahu."
Sempat pula Encik Bun tu.
Aku ketawa. "Hesy, Datin ni. Agak-agaklah sikit. Orang tengah sakit,
Datin buat lawak antarabangsa pula.
Karang dia mengidam nak kahwin, naya saya nanti.
Okeylah Datin, saya nak balik pejabat. Nanti Encik Ben cari pula."

Thursday, July 30, 2015

TEASER #1: CIK SERBA TAHU - SYAMNURIEZMIL


Aku menoleh. Encik Ben tersenyum memandang aku. 
Ya. Encik Azhar Benjamin, adik kepada Encik Azhar Bunyamin,
anak kepada Dato’ Azli Bernard. Dialah bos aku yang sangat macho, handsome dan sewaktu 
dengannya. 

Pagipagi sudah buat hati aku bergoncang kerana pagi-pagi dia akan mengoncangkan
partition aku. “Ada, Encik Ben. After lunch...” “Tak, saya tanya. Awak ada janji ke dengan saya hari 
ini, kebetulan kita pakai baju warna yang sama?” “Oh...” Kebetulan, hari ini aku berbaju kurung 
berwarna hijau daun pucuk pisang dan dia pula memakai kemeja berwarna hijau cerah. Aku tersenyum.

Baru aku perasan hari ini sama warna. Sebenarnya, semalam pun sama. Kelmarin juga sama. 
Sebenarnya sudah lama perasan, tapi saja buat-buat tak perasan. Nanti dikatakan perasaan!
“Nama pun kebetulan kan, Encik Ben.” “Ya ke? Atau awak scordeng susunan baju saya dalam almari?”

“Pandai Encik Ben buat lawak. Macamlah saya ni isteri Encik Ben pula sampai tahu baju apa pula nak pakai.” Encik Ben tersenyum. “Mana tahu, daripada menguruskan jadual saya, sampailah ke baju saya nanti?” “Pula! Saya tak naklah jadi yang nombor dua.” “Kenapa mesti nombor dua?” “Habis, Encik Ben nak letak Cik Maira dekat mana pula?” “Ya Allah!” Encik Ben menepuk dahinya. “Kenapa?” Aku mengerut dahi. 

“Nasib baik awak ingatkan dia pada saya. Saya terlupa nak ambil dia di airport! Okey, saya keluar sekejap. Nanti Maira tu mengamuk pula.” Dia mencapai kotnya dan berlalu. Aku ketawa. Apalah bos aku ni, tunang sendiri pun lupa. Dia pun tak ada cakap dengan aku untuk ingatkan. Kalau tidak, sudah tentu aku akan ingatkan dia. Tak pasal saja nanti kena marah dengan Cik Maira tu. 

Cik Maira tu bukan boleh nak tunggu-tunggu. “Kau ni, Na.” “Apa?” “Aku ingat kau ni serba tahu sangat, rupanya ada juga benda yang kau tak tahu ya?” Aku mengerut dahi. “Apa maksud kau?” “Tentang perasaan... Perasaan Encik Ben pada kau.” 

Thursday, July 23, 2015

TEASER #3: CITRA CINTA ARSYA - FAIZ MD NASIR


ARSYA memandang kosong ke luar jendela.
Fikirannya melayang entah ke mana. Jiwanya kacau dan hatinya celaru. Dia cuba menahan air mata dari terus menitis.
Namun, kegagalan makin menghampiri. Dia sudah tidak dapat menahan air mata itu.
Akhirnya, air mata mula mengalir keluar lalu mengalir di pipinya. Arsya memejamkan matanya rapat-rapat.
Sedih. Dia terlalu sedih. Peristiwa itu bermain di layar ingatannya. Suara tangisannya mula bergema di ruang kamar itu.

Masih tergambar di fikirannya. Hidupnya yang selama ini penuh rahsia akhirnya terbongkar segala busuknya. Satu demi satu rahsia yang merunjam tubuhnya umpama pedang yang dihunus oleh pahlawan yang tiada matanya.
Di saat di sudah jatuh menyembah bumi dek dugaan yang maha hebat itu, sekali lagi dirinya diuji. Di suatu keraian yang dihadiri mereka yang punya darjat dan harta, di situ maruahnya dilambung dan dipijak sesuka hati.
Heykal dirampas dari tangannya. Kemudian, tubuhnya disakiti di sebuah tempat yang sangat asing pada pandangannya. Apabila dia sedar dia sudah berada di rumah ini. Dia sudah berada di dalam keluarga ini.
Arsya mengetap bibir. Air mata masih galak membasahi pipinya. Tubuhnya bergetar menahan tangisan.

Air mata ini... air mata ini jadi saksi. Hari ini aku menderita... kau ketawa.
Hari-hari sebelum ini aku menangis... kau bergembira.
Aku akan jejaki kamu semua!
Hari ini air mata jadi teman aku... aku akan pastikan air mata akan menjadi teman kau juga!
Aku tak akan biarkan kamu semua bahagia! Semuanya akan merasa apa yang aku rasa kini!!!
Aku akan tuntut bela. Aku akan kembali!
Aku akan balas dendam!!!

Wednesday, July 22, 2015

TEASER #2: CITRA CINTA ARSYA - FAIZ MD NASIR


Lima pagi, desis hati Khaleeda.
Khaleeda menolak daun pintu kamar tersebut dengan tergesa-gesa. Gadis itu dilihat duduk di atas lantai.
“Arsya takut... Arsya takut! Kenapa semua orang layan Arsya macam ni?! Kenapa?! Semua orang benci Arsya. Kenapa buat Arsya macam ni?! Arsya tak salah!!!” jerit gadis 
itu.


Entah bagaimana, kaki Khaleeda terdorong ke hadapan. Tatkala tiba di hadapan gadis itu, dia tunduk dan meraih gadis itu ke dalam pelukannya.
“Arsya tak pernah ganggu hidup dia orang. Arsya tak pernah kacau hidup dia orang... Kenapa dia orang sakitkan Arsya?! Kenapa dia orang ambil kebahagiaan Arsya?! Kenapa dia ambil Heykal dari Arsya?!!!” Arsya masih meraung.
Syamran dan Dayana yang memerhati daripada tadi, tidak berani mendekati Arsya yang sedang ditenangkan oleh ibu mereka.

“Heykal nyawa Arsya...” Tangisan Arsya masih bersisa. Begitu sayu seperti menggambarkan betapa selama ini, gadis itu sudah lama menderita.
Akhirnya, tangisannya makin reda. Dengan bantuan Syamran dan Dayana, tubuh Arsya dibawa ke katil.
Khaleeda melangkah keluar bilik itu dan menuju ke dapur rumahnya. Sementara menunggu air masak, Khaleeda duduk termenung di situ. Dayana yang daripada tadi sekadar memerhati, merapati dan memeluk bahu ibunya.

“Yana...” sapa Khaleeda pada anak sulungnya itu.
“Mak tengok Arsya macam mak tengok... macam mak tengok Mia.” Perlahan kata itu diucapkan.
Dayana dapat menyelami saratnya rindu yang ditanggung oleh ibunya terhadap adik bongsu mereka, Mia. 

“Mia dah lama tak ada, mak..,” ujarnya pendek.
“Mak tau... mak rindu sangat dengan Mia. Arsya dah macam Mia.”
“Yana tau... dia memang mirip dengan Mia. Tapi mak tak boleh ikutkan sangat perasaan. Mak yang susah nanti,” kata Dayana.
“Yana perlukan mak... Syam perlukan mak... Zairan perlukan mak,” sambung Dayana lagi.
Wajah Khaleeda berubah apabila nama Zairan disebut.
Namun, dia hanya diam saja.

Tuesday, July 14, 2015

TEASER #1: CITRA CINTA ARSYA - FAIZ MD NASIR


JENDELA kamar itu ditutup. Khaleeda menarik langsir lantas menghalang cahaya terang benderang lampu jalan dari menembusi ke dalam kamar tersebut.
Khaleeda menoleh ke arah sekujur tubuh yang sedang lena di atas katil. Wajahnya tampak sungguh lesu.
Luka yang terdapat pada dahi, lengan serta betisnya sudah disapu ubat. Bukannya Khaleeda tidak mahu menghantarnya ke hospital, tetapi Khaleeda gusar dengan sikap gadis itu yang tidak mahu sesiapa mendekatinya.
Khaleeda belas melihat wajah gadis itu. Dadanya dirundung sebak yang menggunung. Matanya bergenang dengan mutiara jernih.
Ya, hatinya berdetak kuat. Wajah gadis ini mirip dengan wajah arwah anak perempuannya.
Gadis ini dia temui ketika dia dalam perjalanan pulang dari pasar. Ketika itu, gadis itu sedang terbaring, tidak sedarkan diri di dalam celahan
semak di tepi jalan. Dengan bantuan anak lelakinya, Syamran, gadis itu dibawa pulang ke rumah.

Masuk hari ini, sudah dua hari gadis itu menjadi penunggu setia kamar ini. Seharian dia tidak sedarkan diri.
Pagi tadi, tatkala gadis ini sedar dari tidur, dia meracau-racau. Kemudian dia menangis. Menangis dan menangis.
Dia duduk berpeluk lutut. Hati Khaleeda seringkali tersentuh apabila melihat gadis ini menangis.
Entah mengapa, hatinya terasa dekat dengan gadis ini.

Sunday, July 12, 2015

TEASER #3: CINTA SI MAMAT CAPPUCCINO - ERY AIERIL


Fariz diam.
Tiba-tiba jantungnya berketar kencang. Mulut Fariz memang benar-benar berat untuk berkata-kata. Mata tak berkelip pula memandangperempuan singa itu.
Dah kenapa jantung aku ni? Dengan minah 
berlagak ni pun, boleh buat hal!


Sekejap! Aku baru perasan. Comelnya dia ni. Mata dia bulat, mulut tu kecik aje. Macam mulut burung.
Bila dia buat muka macam ni, tak tahu 
kenapa aku suka sangat tengok. Rasa macam tak nak lepas tengok dia walaupun seminit.

Kenapa mesti dia? bisik hati Fariz. Dia keliru.

Liyana sudah menggeleng. Sakit pula hatinya. Pandangan dibuang tepat ke muka lelaki itu. Memang lelaki itu mahu kena lagi dengan serangan mulutnya. Orang cakap dengan dia boleh pula termenung!
Bagi Liyana, perangai lelaki itu ada saja yang tidak kena. Tapi handsome juga dia tu! Nasib baik kulit tu putih. Setelah dibelek, sesuailah juga rambut karat lelaki tu dengan diri dia yang berupa tak siap tu.
Fariz pula masih tidak berkutik. Insan di hadapannya itu memang sudah meranap segala perhatiannya. Hatinya kala itu masih berdegup kencang.
Dari duduk, Liyana sudah berdiri. Dia sudah 
berdehem untuk mematikan lamunan lelaki itu.


“Ehem! Ehem!”
Fariz tersedar daripada lamunan yang dah sampai entah ke mana itu.
“Apa kes?” soal Liyana sedikit angkuh.
“Apanya?”
“Macamlah saya tak tahu.”
“Apa ni?! Saya tak fahamlah.”

“Tak payahlah nak tengok saya sampai macam tu sekali! Itu hah! Cappuccino amoi cantik awak tu dah siap! Bayar, lepas tu balik. Saya tak ada selera nak tengok muka ala Hollywood awak yang tak menjadi tu! Elok rambut tu warna hitam nak diwarnakan. Tak tahu dosa ke apa! Dah! Cepat bayar!" suruh Liyana.
Membulat mata Fariz. Telinga tak salah dengar kan? Perempuan tu mengutuk rambutnya?
Fariz melepaskan satu helaan nafas geram.