Thursday, March 20, 2014

Teaser Nikahi Aku Kerana Dia Oleh Teja Elliza


NIKAHI AKU KERANA DIA
Karya: Teja Elliza
Harga: RM26 (Semenanjung) RM29 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 978-967-0707-09-9
Terbitan: October



“Siapa yang buntingkan kau? Cakap!”

Semuanya bermula atas dasar salah meneka. Dek tindakan orang lain terhadap Maryam Darleena, akhirnya dia yang menerima akibatnya. Sakit, kecewa dan sengsara dibawanya bersama meninggalkan semua yang pernah disayanginya. Semenjak peristiwa itu, dia selalu mengingatkan orang lain, bahawasanya apa yang kita lihat tak semestinya menunjukkan perkara sebenar.

Maryam Darleena cuba melalui masa depannya tanpa memikirkan tentang kekurangannya itu. Tapi setiap kali dia jatuh cinta, itulah perkara pertama yang ditakutinya. Sehinggalah… jodoh itu menariknya kuat dan takkan mampu dielak. Mampukah Maryam Darleena terus sendiri tanpa cinta?

“Mar tak sempurna untuk abang. Jangan memberi harapan kepada diri sendiri mahupun Mar. Abang cuma bersimpati. Bila simpati hilang, abang akan membenci Mar.”

Tuah Ithar sangat menyayangi gadis itu. Namun akibat tak sabar menanti lebih lama, gadis itu meninggalkannya tanpa kata. Sedang merawat kekecewaan, dia dipertemukan dengan seorang gadis lain yang sangat tabah. Dan dia yakin itulah gadis yang tepat untuk dilindunginya sekaligus melengkapi dirinya.

Namun… Jika lafaz cinta diterima, mengapa seolah-olah menidakkan perasaan? Dan jika gadis yang menjadi pilihan hati Tuah Ithar itu menerimanya dengan rela, adakah Tuah Ithar mampu menerima hakikat yang segala impiannya tidak akan menjadi kenyataan?

“Abang lelaki yang tidak sempurna. Abang cuba menjadi sempurna tetapi jangan biarkan abang lemas setelah abang karam. Tariklah tangan abang supaya abang dapat bernafas semula.”




Wednesday, March 19, 2014

PROLOG: Suami Tanpa Cinta Oleh Syamnuriezmil





“IBU, mama... Aid dengan Ain nak minta maaf banyak-banyak, sebab dah tipu ibu dan mama.”

Imani dan Airin memandang sesama sendiri. Zaidan menyuruh Airin dan Imani duduk. Takut nanti, jatuh pengsan pula ibu dan mama mertuanya. Sudahlah mereka berdua tu, ada sakit jantung dan darah tinggi.

“Jangan cakap merepek boleh tak Aid, Ain macam mana? Dok dalam bilik rawatan lagi ke? Kita tak boleh tengok dia lagi ke? Hang jangan nak raplah jingga pulak, bagi ibu cuak saja ni,” Imani mengusap dadanya. Mana tak terkejut, tatkala nampak muka si anak, si Zaidan beria-ia meminta maaf.

“Entah kamu ni Aid, mama pun dah libang-libu ni. Doktor kata apa?”

“Aid bukan apa, Aid rasa serba-salah pula. Aid tak nak, apa-apa jadi dekat Ain, jadi Aid nak minta maaf bagi pihak Ain, dengan Aid sekali.” Zaidan takut. Ain masih belum sedarkan diri.

“Apanya? Maaf apanya?” Imani mengerut dahi.

“Sebenarnya, Aid dengan Ain tak bercinta. Kita orang decide nak kahwin sebab nak gabungkan syarikat kita yang hampir muflis. Aid minta maaf, sebab menipu ibu dan mama. Tapi, jangan risau, jangan takut, jangan cuak, Aid dengan Ain sedang belajar cinta dan mencintai antara satu sama lain. Syarikat kita pun dah okey. Semuanya as planned...”


Airin dan Imani... tergamam!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~