“IBU, mama...
Aid dengan Ain nak minta maaf banyak-banyak, sebab dah tipu ibu dan mama.”
Imani dan Airin
memandang sesama sendiri. Zaidan menyuruh Airin dan Imani duduk. Takut nanti,
jatuh pengsan pula ibu dan mama mertuanya. Sudahlah mereka berdua tu, ada sakit
jantung dan darah tinggi.
“Jangan cakap
merepek boleh tak Aid, Ain macam mana? Dok dalam bilik rawatan lagi ke? Kita
tak boleh tengok dia lagi ke? Hang
jangan nak raplah jingga pulak, bagi
ibu cuak saja ni,” Imani mengusap dadanya. Mana tak terkejut, tatkala nampak
muka si anak, si Zaidan beria-ia meminta maaf.
“Entah kamu ni
Aid, mama pun dah libang-libu ni. Doktor kata apa?”
“Aid bukan apa,
Aid rasa serba-salah pula. Aid tak nak, apa-apa jadi dekat Ain, jadi Aid nak
minta maaf bagi pihak Ain, dengan Aid sekali.” Zaidan takut. Ain masih belum
sedarkan diri.
“Apanya? Maaf
apanya?” Imani mengerut dahi.
“Sebenarnya, Aid
dengan Ain tak bercinta. Kita orang decide
nak kahwin sebab nak gabungkan syarikat kita yang hampir muflis. Aid minta
maaf, sebab menipu ibu dan mama. Tapi, jangan risau, jangan takut, jangan cuak,
Aid dengan Ain sedang belajar cinta dan mencintai antara satu sama lain.
Syarikat kita pun dah okey. Semuanya as
planned...”
Airin dan
Imani... tergamam!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
0 comments:
Post a Comment