Tuesday, July 14, 2015

TEASER #1: CITRA CINTA ARSYA - FAIZ MD NASIR


JENDELA kamar itu ditutup. Khaleeda menarik langsir lantas menghalang cahaya terang benderang lampu jalan dari menembusi ke dalam kamar tersebut.
Khaleeda menoleh ke arah sekujur tubuh yang sedang lena di atas katil. Wajahnya tampak sungguh lesu.
Luka yang terdapat pada dahi, lengan serta betisnya sudah disapu ubat. Bukannya Khaleeda tidak mahu menghantarnya ke hospital, tetapi Khaleeda gusar dengan sikap gadis itu yang tidak mahu sesiapa mendekatinya.
Khaleeda belas melihat wajah gadis itu. Dadanya dirundung sebak yang menggunung. Matanya bergenang dengan mutiara jernih.
Ya, hatinya berdetak kuat. Wajah gadis ini mirip dengan wajah arwah anak perempuannya.
Gadis ini dia temui ketika dia dalam perjalanan pulang dari pasar. Ketika itu, gadis itu sedang terbaring, tidak sedarkan diri di dalam celahan
semak di tepi jalan. Dengan bantuan anak lelakinya, Syamran, gadis itu dibawa pulang ke rumah.

Masuk hari ini, sudah dua hari gadis itu menjadi penunggu setia kamar ini. Seharian dia tidak sedarkan diri.
Pagi tadi, tatkala gadis ini sedar dari tidur, dia meracau-racau. Kemudian dia menangis. Menangis dan menangis.
Dia duduk berpeluk lutut. Hati Khaleeda seringkali tersentuh apabila melihat gadis ini menangis.
Entah mengapa, hatinya terasa dekat dengan gadis ini.

0 comments:

Post a Comment