Sunday, July 12, 2015

TEASER #3: CINTA SI MAMAT CAPPUCCINO - ERY AIERIL


Fariz diam.
Tiba-tiba jantungnya berketar kencang. Mulut Fariz memang benar-benar berat untuk berkata-kata. Mata tak berkelip pula memandangperempuan singa itu.
Dah kenapa jantung aku ni? Dengan minah 
berlagak ni pun, boleh buat hal!


Sekejap! Aku baru perasan. Comelnya dia ni. Mata dia bulat, mulut tu kecik aje. Macam mulut burung.
Bila dia buat muka macam ni, tak tahu 
kenapa aku suka sangat tengok. Rasa macam tak nak lepas tengok dia walaupun seminit.

Kenapa mesti dia? bisik hati Fariz. Dia keliru.

Liyana sudah menggeleng. Sakit pula hatinya. Pandangan dibuang tepat ke muka lelaki itu. Memang lelaki itu mahu kena lagi dengan serangan mulutnya. Orang cakap dengan dia boleh pula termenung!
Bagi Liyana, perangai lelaki itu ada saja yang tidak kena. Tapi handsome juga dia tu! Nasib baik kulit tu putih. Setelah dibelek, sesuailah juga rambut karat lelaki tu dengan diri dia yang berupa tak siap tu.
Fariz pula masih tidak berkutik. Insan di hadapannya itu memang sudah meranap segala perhatiannya. Hatinya kala itu masih berdegup kencang.
Dari duduk, Liyana sudah berdiri. Dia sudah 
berdehem untuk mematikan lamunan lelaki itu.


“Ehem! Ehem!”
Fariz tersedar daripada lamunan yang dah sampai entah ke mana itu.
“Apa kes?” soal Liyana sedikit angkuh.
“Apanya?”
“Macamlah saya tak tahu.”
“Apa ni?! Saya tak fahamlah.”

“Tak payahlah nak tengok saya sampai macam tu sekali! Itu hah! Cappuccino amoi cantik awak tu dah siap! Bayar, lepas tu balik. Saya tak ada selera nak tengok muka ala Hollywood awak yang tak menjadi tu! Elok rambut tu warna hitam nak diwarnakan. Tak tahu dosa ke apa! Dah! Cepat bayar!" suruh Liyana.
Membulat mata Fariz. Telinga tak salah dengar kan? Perempuan tu mengutuk rambutnya?
Fariz melepaskan satu helaan nafas geram.

0 comments:

Post a Comment