Tuesday, February 24, 2015

Teaser #3: KERANA LAMARAN ITU - XUANZA




“GOOD MORNING EVERYONE!”
Iman tayang muka yang cukup manis sampai boleh dapat kencing manis. Lepas tu, dia tarik kerusi dan terus duduk sebelah aku.

“Waalaikumsalam.”
Saja aku sindir dia. Ini semua dia punya pasal. Kalau dia tak ajak aku tengok cerita ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ mesti aku tak liat bangun pagi. Kepala pun dah terasa ting tong sebab bangun terkejut.
“Amboii...perli nampak.” Dia jeling aku.
Eleh..bajet tajamlah jelingan dia. Aku jungkit kening sambil selamba kunyah sandwich. Tak tengok pun dia.

Ayah hanya senyum sambil selak surat khabar. Faham sangat dengan perangai tak cukup umur anak-anak dara dia dua orang ni. Maklumlah aku dengan Iman ni hanya dua beradik je dunia dan akhirat. Kamilah cyanide dan kami jugalah serumnya.
“Ni apa bising-bising? Sampai ke dapur dengar, Amal, Iman?” tanya ibu sambil tarik kerusi sebelah ayah.

“Bibik mari makan sekali. Tinggalkan dulu kerjanya. Lepas makan baru sambung balik,” panggil ibu.
Tak lama lepas tu bibik muncul dan duduk sebelah ibu. Bibik senyum kat aku. Aku balas senyuman dia. Tiba-tiba mata aku bertembung dengan mata ibu. Aku mula rasa tak sedap hati. Hish..lain macam je ni.
Okay get ready...Get set go!
“Ayah, ibu..Amal nak pergi kerja dulu ya.” Cepat-cepat aku sudahkan suapan yang terakhir dan minum sikit air Milo. Lepas tu, aku terus bangun.

“Awal lagi...kunyah pun tak habis. Tu air milo pun tak sampai separuh minum. Duduk dulu ada benda ibu nak cakap.” Akhirnya terpaksa aku duduk balik bila mata helang ibu dah menikam mata aku.
Hadoyai...bala ni. Ya Allah selamatkanlah hambamu ini.
“Anak ibu yang sulung ni bila nak kahwin?’’
Aku dah agak mesti ibu nak cakap pasal hal ni. Macam dah tak ada topik lain kalau tengok muka aku. Aku rasa inilah soalan paling susah aku nak jawab. Lagi susah daripada paper Pharmaceutical Analysis.
“Amal?”
“Ya ibu.”
“Ibu tanya ni.”
“Err.. heh..” Tergagap-gagap aku nak jawab. Mulalah tangan, kaki semua nak berpeluh. Silau rasanya tengok panahan mata laser ibu.
“Hmm..Amal tak ada kawan lelaki ke?”
Bang!
“Sampai bila tak nak kahwin?”
Bang! Bang!

Tembakan ibu tepat kena sasaran. Terus menusuk ke jantung hati.
“Tak teringin nak ada keluarga sendiri ke? Kawan-kawan Amal semua dah kahwin. Kalau ada yang tak kahwin pun sekurang-kurangnya dah bertunang. Amal ni bila lagi? Takkan nak hidup solo sampai ke tua. Ibu dengan ayah ni bukan nak menongkat langit. Sampai masanya nanti kami akan tinggalkan dunia ni juga.”

Aku diam. Bila soal jodoh ni dibangkitkan, hati aku mesti rasa pedih. Siapa yang tak teringin nak buat rumah ada tangga. Aku dah puas berdoa semoga aku akan bertemu dengan jodoh aku, tapi nak buat macam mana kalau putera idaman yang aku tunggu tu tak muncul lagi.
“Amal! Dengar tak ibu cakap ni?” Terkejut aku dengar suara ibu dah naik. Mesti ibu dah naik angin tengok aku termenung.
“Amal dengar.” Sengih.
“Jadi bila Amal nak kenalkan kat ibu calon?” Aku mula garu kepala.
“Nanti Amal dah jumpa Amal kenalkan kat ibu.” Aku sengih lagi. Ibu mula pandang aku semacam.
“Ke Amal masih menunggu seseorang?” Tembak ibu.

Aku tersentak. Suasana tiba-tiba jadi senyap sunyi. Semua mata pandang ke arah aku.

Teaser #2: KERANA LAMARAN ITU - XUANZA



“Kak Amal... Abang.. Tok Pah panggil balik!” Panggil Iman.
“Jomlah Kak Amal kita balik. Nanti Tok Pah marah. Abang pun sama. Tok Pah cakap kalau Abang dengan Kak Amal tak balik sekarang, nanti Tok Pah ikat kat pokok rambutan,” kata Iman sungguh-sungguh.

Bila dengar pesanan Tok Pah, aku terus pecut lari balik rumah dulu. Iman aku dah tinggalkan kat belakang. Agrhh.. pandai datang pandailah dia balik. Elok aku sampai kat depan rumah, entah macam mana aku boleh jatuh tersembam.

“Ya Allah! Amal!”
Kelam-kabut Tok Pah turun tangga rumah dan berkejar ke arah aku. Aku cuba tahan air mata dari mengalir. Lutut, tangan dengan mulut mula rasa sakit. Perlahan-lahan Tok Pah tarik aku bangun.
“Eii..Kak Amal. Gigi Kak Amal patah!”

Tiba-tiba suara si budak kecil Iman ni datang menyampuk. Tergamam kejap. Aku pandang muka Iman dengan ‘dia’ yang dah terkaku tengok aku. Aku terus pegang mulut. Patutlah rasa macam masin sikit.
Gigi?! Patah! Tsk.. tsk... huarghhhh....
Terus aku teriak bagai nak terkeluar anak tekak kat situ. Aku menangis sekuat-kuat hati. Biarlah kalau satu kampung nak dengar sekalipun. Aku memang dah tak peduli.

“Sudah-sudah. Semua masuk dalam,” arah Tok Pah sambil pimpin tangan aku.
“SAKIT lagi tak gigi Mai?” tanya dia.
Aku hanya mampu angguk kepala dengan sisa air mata masih berjurai kat pipi.
“Dahlah jangan nangis. Orang kan ada,” kata dia sambil kesat air mata aku.
“Alah..patah gigi je. Nanti tumbuhlah balik gigi tu. Kan Amal juga yang cakap dengan mak gigi tu memang dah goyang,” kata mak. Lembut.

“Abang pergi mana tadi?” Mak tanya dia bila aku dah baring atas riba mak.
“Abang pergi main layang-layang dengan Fakhrul."
“Habis tu macam mana Amal boleh jatuh? Abang tak jaga dia ke tadi?” tanya mak lagi.
“Abang pun tak tahu. Tadi Mai lari balik dulu. Tinggalkan abang dengan Iman. Abang pimpinlah Iman balik. Lepas tu bila abang sampai Mai dah jatuh,” terang dia satu-persatu. Aku hanya pasang telinga.
“Lain kali main tu hati-hati. Amal pun janganlah lari. Tengok, bila dah jatuh siapa yang sakit,” kata mak. Aku hanya diam.
“Ibu tahu ke tidak ni, Amal?” Aku geleng kepala.
“Belum tahu lagi. Ibu keluar dengan ayah pergi pekan,” jawab aku. Mak hanya angguk.
“Amal...abang, mari sini. Tok Pah nak bagi hadiah untuk kamu berdua,” panggil Tok Pah.
“Ni untuk abang dan yang ini untuk Amal. Tok Pah buat ni sebab kamu berdua ni lasak sangat. Nanti boleh guna bawak pergi sekolah. Tak adalah bila balik rumah je comot cucu-cucu Tok Pah ni,” kata Tok Pah sambil hulurkan sapu tangan warna putih.

Satu untuk aku dan satu untuk dia. Sapu tangan dia ada gambar lebah tengah terbang dan sapu tangan aku pula ada gambar bunga matahari. Kat hujung sapu tangan tu ada singkatan nama masing-masing.
“Terima kasih Tok Pah. Cantik sapu tangan ni. Abang suka,” kata dia dengan senyuman lebar. Dia memang pandai ambil hati Tok Pah.

“Sama-sama. Tok Pah buat ni betul-betul sepasang. Kamu satu, Amal satu. Jadi, Tok Pah nak kamu jaga elok-elok. Tok Pah dah siap jahit nama sekali. Senang nak kenal nanti.”
Tok Pah senyum lepas dia cakap macam tu. Aku pun senyum sambil belek sapu tangan aku. Tertera sulaman huruf N.A.H kat hujung sapu tangan dengan bunga matahari. Cantik!
“Terima kasih,” kata aku sambil peluk Tok Pah erat.
Tak lama lepas tu, tiba-tiba aku rasa ada tangan yang peluk Tok Pah juga. Bila kalih, aku tengok dia ada kat sebelah. Tangan dia ada atas tangan aku.
Aku senyum.

Teaser #1: KERANA LAMARAN ITU - XUANZA

* Novel terbitan Februari 2015 - Kerana Lamaran Itu.

“MAI... nanti kita dah besar kita kahwin nak?” tanya dia.
Aku tekun menghadap bihun goreng dalam mangkuk. Tak peduli dengan apa yang dia cakap. Hmm... sedapnya bihun ni. Macam ibu buat. Aku suap lagi bihun goreng dalam mulut.
“Mai.. dengar tak apa kita cakap tadi?” tanya dia lagi.
“Hah?! Awak cakap dengan kita ke?”
Mata aku masih melekat tengok bihun goreng dalam mangkuk warna hijau tu. Sedapnya, ada telur goreng. Nyum.. nyum.. Aku cucuk pulak telur dan ngap.
"Nanti kita besar, kita kahwin nak tak?”
Dia ulang balik soalan yang sama. Aku berpandangan dengan dia. Dia senyum sampai nampak lesung pipit. Comel!
“Nak! Nak! Nanti bila dah besar kita kahwin.”
Cepat-cepat aku angguk dan menghadap balik bihun goreng di dalam mangkuk. Sibuk kira udang pula.
“Janji tau. Nanti dah besar kahwin dengan kita.”
Aku tengok muka dia. Lepas tu, aku angguk laju-laju.
“Kita janji. Nanti bila kita dah besar kita kahwin.”
Dia tunjuk jari kelengkeng dia. Aku pun kaitkan jari kelengkeng aku dengan dia. Senyum. Lepas tu, masing-masing menghadap bihun goreng yang cikgu bagi tadi. Tiba-tiba aku terfikir nak tanya sesuatu kat dia.
“Awak.. kahwin tu apa?” tanya aku sambil garu-garu kepala.
“Entah kita pun tak tahu,” jawab dia sambil jongket bahu.
“Awak..kalau awak tak tahu kahwin tu apa macam mana kita nak kahwin bila besar nanti?” tanya aku lepas habis kunyah bihun goreng.
“Nanti bila kita dah besar kita bagi tahu awak. Okey?”
Aku diam kejap.
“Janji tau. Nanti bila dah besar, awak bagi tahu kita,” kata aku.
Dia senyum lepas tu angguk.
“Mai..awak suka kita tak?” tanya dia bila nampak aku senyum.
Aku angguk laju-laju. “Suka! Suka! Kita suka dengan awak.”
Teruja aku jawab. Dia baik sangat dengan aku. Mestilah aku suka dia.
“Kita pun suka awak juga.” Dia senyum. Aku balas senyuman dia sambil capai air sirap. Ermm..sedapnya!
“Mai...jom kita main buaian nak. Mai dah habis makan kan?” ajak dia.
“Nak! Nak! Mai dah habis makan dah.”
Dia senyum dan terus tarik tangan aku ke arah buaian yang tersedia kat dalam tadika ni. Kawan-kawan aku yang lain pun dah ada yang main bila habis makan bihun goreng tadi. Cikgu Ijah cakap kalau dah habis makan baru boleh main. Sebab tu masing-masing laju habiskan bihun goreng.
“Mai duduk. Nanti kita tolak,” arah dia.
“Alahh..awak mainlah sama dengan kita.”
“Tak apalah. Kita tolak awak. Kita kan superman awak.” Dia buat aksi ala-ala superman.
“Okay. Awak jangan tolak laju-laju tau. Kita takutlah.”
“Kita janji. Kita tak tolak laju-laju.”
“Kenapa awak suka kawan dengan kita?” tanya aku.
“Sebab awak baik, lepas tu awak sayang kita.” Dia tolak badan aku ke depan.
“Jadi, awak sayang kita tak?”
“Mestilah sayang. Kalau tak, kita tak ajak awak main dengan kita.”
“Ooo.... Habis tu awak nak sayang kita sampai bila?”
“Sampai bila-bilalah.”
Bila dengar dia cakap macam tu, aku terus pakai brek kaki tahan buaian dari berayun. Dia pusing menghadap muka aku.
“Kenapa awak berhenti?” tanya dia.
“Betul ke awak nak sayang kita sampai bila-bila?”
“Betul! Takkan kita nak tipu awak. Tipu dosa,” jawab dia sungguh-sungguh.
Aku senyum.

Monday, February 16, 2015

Tiba Tiba Cinta Datang Kepada Ku




Ramai yang menanyakan, OCTOBER itu penerbit apa, bagaimana untuk mendapatkan produk, dan contoh produknya adalah apa… seperti apa. Jadinya disini, kami akan menjelaskan jawapan kepada anda dengan lebih lanjut. 

OCTOBER adalah sebuah syarikat penerbitan yang berlokasi di Prima Saujana, Kajang (Selangor). OCTOBER memfokuskan pada penerbitan buku-buku fiksyen, yang bergenrekan cinta dan disulami dengan aspek-aspek kekeluargaan, thriller, seram, aksi, Islamik, travelog dan lain-lain yang bersesuaian. 

Untuk mengetahui, mengenal, dan mendapatkan produk OCTOBER, anda boleh mengklik pada setiap judul terbitan yang ada di Katalog Novel di http://www.october.my

Kepada pembaca dan followers yang budiman, terima kasih atas sokongan dan galakan terhadap produk keluaran kami. Terus kekal bersama kami..

Kepada penulis dan bakal penulis di luar sana, serlahkan bakat anda! Tunjukkan pada dunia kehebatan anda mencintai dunia penulisan! 

Selamat berkarya…

Sekian, terima kasih atas sokongan anda!

Lirik Lagu/ Lyrics: Tiba-Tiba Cinta Datang - Maudy Ayunda
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama

Di sesuatu saat ku melihat dia
Ada getaran membuatku rindu
Senang hatiku saat ku dengar suaranya
Ingin selalu ada di dekatnya

Saat ku sendiri ku bayangkan dia
Datang padaku dengan cinta
Di keramaian ku merasa sepi
Saat tak ada dirinya

Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama

Di sesuatu saat ku melihat dia
Ada getaran membuatku rindu
Senang hatiku saat ku dengar suaranya
Ingin selalu ada di dekatnya

Saat ku sendiri ku bayangkan dia
Datang padaku dengan cinta
Di keramaian ku merasa sepi
Saat tak ada dirinya

Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama

Ku harap dia rasakan yang sama
Ku harap cinta akan tiba

Tiba-tiba cinta datang padaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama

Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama
Ku harap dia rasakan yang sama (ku harap dia)
Ku harap dia rasakan yang sama
Ku harap dia rasakan, rasakan yang sama

Thursday, February 5, 2015

Novelshelfie Bersama Penulis-Penulis October


Bagaimanakah rupa rak buku seorang penulis? Anda akan tahu juga nanti! Kami akan meminta penulis-penulis di October untuk mengambil selfie di hadapan rak buku bersama novel-novel mereka, jadilah suatu novelshelfie. Kami juga akan meminta penulis untuk menghantar beberapa keping  gambar untuk tatapan pembaca-pembaca kesayangan mereka. 
Penulis-penulis boleh menjadi kreatif dalam mengambil novelshelfie mereka.
Contoh:





SIAPA
Kami akan memberi bio-data dan juga latar belakang penulis tersebut di ruangan ini. Hasil-hasil karya mereka selama ini juga boleh dikongsikan di sini. Mungkin juga boleh diselitkan hobi mereka.

Mereka juga boleh menceritakan bagaimana dan bila library itu dimulakan.

DI MANA
Mereka di mana sekarang!

APA
Di sini kami akan siarkan gambar cover novel mereka bersama October.

*Kami berharap agar inisiatif kami ini akan mendapat sambutan yang hangat daripada penulis-penulis dan juga pembaca-pembaca atau followers mereka.