Wednesday, March 19, 2014

PROLOG: Suami Tanpa Cinta Oleh Syamnuriezmil





“IBU, mama... Aid dengan Ain nak minta maaf banyak-banyak, sebab dah tipu ibu dan mama.”

Imani dan Airin memandang sesama sendiri. Zaidan menyuruh Airin dan Imani duduk. Takut nanti, jatuh pengsan pula ibu dan mama mertuanya. Sudahlah mereka berdua tu, ada sakit jantung dan darah tinggi.

“Jangan cakap merepek boleh tak Aid, Ain macam mana? Dok dalam bilik rawatan lagi ke? Kita tak boleh tengok dia lagi ke? Hang jangan nak raplah jingga pulak, bagi ibu cuak saja ni,” Imani mengusap dadanya. Mana tak terkejut, tatkala nampak muka si anak, si Zaidan beria-ia meminta maaf.

“Entah kamu ni Aid, mama pun dah libang-libu ni. Doktor kata apa?”

“Aid bukan apa, Aid rasa serba-salah pula. Aid tak nak, apa-apa jadi dekat Ain, jadi Aid nak minta maaf bagi pihak Ain, dengan Aid sekali.” Zaidan takut. Ain masih belum sedarkan diri.

“Apanya? Maaf apanya?” Imani mengerut dahi.

“Sebenarnya, Aid dengan Ain tak bercinta. Kita orang decide nak kahwin sebab nak gabungkan syarikat kita yang hampir muflis. Aid minta maaf, sebab menipu ibu dan mama. Tapi, jangan risau, jangan takut, jangan cuak, Aid dengan Ain sedang belajar cinta dan mencintai antara satu sama lain. Syarikat kita pun dah okey. Semuanya as planned...”


Airin dan Imani... tergamam!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



0 comments:

Post a Comment