Tuesday, February 24, 2015

Teaser #1: KERANA LAMARAN ITU - XUANZA

* Novel terbitan Februari 2015 - Kerana Lamaran Itu.

“MAI... nanti kita dah besar kita kahwin nak?” tanya dia.
Aku tekun menghadap bihun goreng dalam mangkuk. Tak peduli dengan apa yang dia cakap. Hmm... sedapnya bihun ni. Macam ibu buat. Aku suap lagi bihun goreng dalam mulut.
“Mai.. dengar tak apa kita cakap tadi?” tanya dia lagi.
“Hah?! Awak cakap dengan kita ke?”
Mata aku masih melekat tengok bihun goreng dalam mangkuk warna hijau tu. Sedapnya, ada telur goreng. Nyum.. nyum.. Aku cucuk pulak telur dan ngap.
"Nanti kita besar, kita kahwin nak tak?”
Dia ulang balik soalan yang sama. Aku berpandangan dengan dia. Dia senyum sampai nampak lesung pipit. Comel!
“Nak! Nak! Nanti bila dah besar kita kahwin.”
Cepat-cepat aku angguk dan menghadap balik bihun goreng di dalam mangkuk. Sibuk kira udang pula.
“Janji tau. Nanti dah besar kahwin dengan kita.”
Aku tengok muka dia. Lepas tu, aku angguk laju-laju.
“Kita janji. Nanti bila kita dah besar kita kahwin.”
Dia tunjuk jari kelengkeng dia. Aku pun kaitkan jari kelengkeng aku dengan dia. Senyum. Lepas tu, masing-masing menghadap bihun goreng yang cikgu bagi tadi. Tiba-tiba aku terfikir nak tanya sesuatu kat dia.
“Awak.. kahwin tu apa?” tanya aku sambil garu-garu kepala.
“Entah kita pun tak tahu,” jawab dia sambil jongket bahu.
“Awak..kalau awak tak tahu kahwin tu apa macam mana kita nak kahwin bila besar nanti?” tanya aku lepas habis kunyah bihun goreng.
“Nanti bila kita dah besar kita bagi tahu awak. Okey?”
Aku diam kejap.
“Janji tau. Nanti bila dah besar, awak bagi tahu kita,” kata aku.
Dia senyum lepas tu angguk.
“Mai..awak suka kita tak?” tanya dia bila nampak aku senyum.
Aku angguk laju-laju. “Suka! Suka! Kita suka dengan awak.”
Teruja aku jawab. Dia baik sangat dengan aku. Mestilah aku suka dia.
“Kita pun suka awak juga.” Dia senyum. Aku balas senyuman dia sambil capai air sirap. Ermm..sedapnya!
“Mai...jom kita main buaian nak. Mai dah habis makan kan?” ajak dia.
“Nak! Nak! Mai dah habis makan dah.”
Dia senyum dan terus tarik tangan aku ke arah buaian yang tersedia kat dalam tadika ni. Kawan-kawan aku yang lain pun dah ada yang main bila habis makan bihun goreng tadi. Cikgu Ijah cakap kalau dah habis makan baru boleh main. Sebab tu masing-masing laju habiskan bihun goreng.
“Mai duduk. Nanti kita tolak,” arah dia.
“Alahh..awak mainlah sama dengan kita.”
“Tak apalah. Kita tolak awak. Kita kan superman awak.” Dia buat aksi ala-ala superman.
“Okay. Awak jangan tolak laju-laju tau. Kita takutlah.”
“Kita janji. Kita tak tolak laju-laju.”
“Kenapa awak suka kawan dengan kita?” tanya aku.
“Sebab awak baik, lepas tu awak sayang kita.” Dia tolak badan aku ke depan.
“Jadi, awak sayang kita tak?”
“Mestilah sayang. Kalau tak, kita tak ajak awak main dengan kita.”
“Ooo.... Habis tu awak nak sayang kita sampai bila?”
“Sampai bila-bilalah.”
Bila dengar dia cakap macam tu, aku terus pakai brek kaki tahan buaian dari berayun. Dia pusing menghadap muka aku.
“Kenapa awak berhenti?” tanya dia.
“Betul ke awak nak sayang kita sampai bila-bila?”
“Betul! Takkan kita nak tipu awak. Tipu dosa,” jawab dia sungguh-sungguh.
Aku senyum.

3 comments: