Setengah penulis novel memerlukan ketenangan untuk menulis supaya otak tidak serabut dan menjadi lebih produktif. Setengah pula, terutama yang 'Old Timer' boleh menulis dalam apa keadaan apa sekalipun. Idea masih datang mencurah-curah dan plot cerita berkembang cantik.
Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk membantu anda mendapatkan suasana yang kondusif untuk anda berkarya.
1. Ruang kerja
Tidak semesti bekerja dalam ruang yang besar, Kalau ruang kerja
anda kecil, memadailah jika ia bersih dan teratur-tidak semak kerana ini tidak
dapat membantu merangsang daya kreatif anda.
2. Cahaya/Keterangan
Jika anda bekerja dengan komputer, pastikan bahawa posisi komputer
anda itu tidak menyebabkan silau. Ini dapat membantu melegakan tekanan mata.
Pastikan juga tiada cermin di belakang anda, kerana ini akan menyebabkan
pencahayaan yang terlalu terang ke skrin komputer anda.
3. Posisi
Komputer anda harus berada 1 1/2 hingga 2 kaki jarak dari muka
anda dan sama paras dengan mata anda-jadi tidaklah anda terpaksa mendongak
sehingga boleh menyebabkan sakit tengkok anda. Jika ada letakkan bantal di
belakang anda, ini dapat membantu anda daripada membongkok semasa bekerja.
Posisi duduk tegak ini dapat mengawal tahap oksigen dalam darah anda dan boleh
mengelak anda daripada cepat berasa penat dan terus fokus pada penulisan anda.
Duduk dengan kaki di atas 'foot stool' dapat mengelakkan anda daripada sakit
belakang.
4. Bergerak
Jika anda duduk terus dan tidak bergerak daripada kerusi anda
semasa menulis novel, anda
mungkin cepat berasa bosan. Bangun dan bergerak untuk 10 minit setiap jam dan anda
akan merasakan yang produktiviti anda akan meningkat. Anda juga boleh
memainkan muzik kegemaran anda dan MENARI!!
Jika anda dapat berhenti sebentar untuk meregangkan otot-otot
anda, ini dapat mengelak anda daripada Carpal-Tunnel Syndrome (suatu keadaan di
mana tangan anda berasa sakit selepas menaip di komputer). Pegang jari-jari
anda bersama dan regangkan ke belakang untuk melegakan jari-jari anda,
5. Minum air yang banyak. Ini tidak payahlah saya huraikan lagi.
6. Rehat
Jika anda berasa bahawa mata anda tidak boleh dibuka lagi,
pergilah tidur dan rehatkan mata anda. Anda juga boleh keluar berjalan sebentar
di luar rumah untuk melancarkan darah anda. Ramai yang tidak tahu betapa
implikasi menulis novel ke atas mata dan mental anda. Menulis novel adalah seperti menyertai 'marathon'
dan bukan sekadar 'sprint' sahaja!
Memaksa diri anda untuk terus menulis adalah tidak baik. Kembali menulis
selepas berehat dengan secukupnya dan produktiviti anda akan meningkat
dua kali ganda selepas itu.
7. Menyediakan alat kelengkapan yang diperlukan semasa menulis
seperti:
Dictionary/Kamus
Thesaurus
Pen, buku nota, kalendar
(untuk mengawalselia diri anda sendiri)
Papan tulis putih-untuk
melukis plot novel anda
8. Elakkan Gangguan:
Bunyi bising-gunakan headphone jika ingin mengurangkan gangguan
bunyi bising di luar rumah.
Kadang-kadang bau sesuatu yang tidak menyenangkan boleh mengganggu
penulisan anda. Tetapi jika anda melahirkan bau seperti bau kulit kayu manis
yang digunakan dalam novel anda,
ia akan membangkitkan suasana di dapur dan anda sudah tentu boleh bercerita dengan lebih nyata tentang bau itu dan kaitkan
dengan adegan yang anda menulis pada masa itu.
Kesimpulannya, sediakan strategi
yang kecil-kecilan untuk membantu anda berasa HAPPY semasa menulis novel anda. Inspirasi akan datang bila anda
'having fun'.
Terbaik
ReplyDelete