Sunday, March 1, 2015

Teaser #4: KERANA LAMARAN ITU - XUANZA



“Burrrpppp!!!”
Oppss.....terlepaslah pulak. Hadoyai.
Bulat mata Eizam dan Farah dengar aku sendawa. Aku ni sebenarnya ada satu habit yang tak sopan sikit. Kalau nak sendawa memang tak pandai nak cover. Memang sejak azali aku macam ni. Ibu dengan ayah pun dah tak tercakap apa-apa dengan tabiat aku yang satu ni.
Aku alihkan mata ke tempat lain bila tengok minah dua orang ni macam nak telan aku hidup-hidup. Masa tu jugalah aku terpandang seseorang yang tengah tepat pandang aku. Dia senyum.

Oh my...Veneta!
Tak sangka dia pandang sini. Aku rasa mesti dia dengar aku sendawa. Meja aku dengan dia pun bukannya jauh sangat. Haila...apalah nasib aku. Suka sangat memalukan diri sendiri. Cepat-cepat aku kalih menghadap Eizam balik.
“Tak senonoh betul. Kau ni kan kalau nak sendawa pun agak-agak la weh. Ini main pakai bedal je. Tak padan dengan anak dara tua.” Aku ketap bibir. Mata bulat pandang Farah.
Bab ni memang aku boleh dengar dengan jelas sebab ada perkataan ‘anak dara tua’ kat situ. Memang kaw Farah kutuk aku.

“Kau nak mati ke?” Aku bagi pandangan membunuh kat Farah. Dia terus sengih sambil geleng kepala. Nampak sangat dah cuak. Eizam pulak bantai gelak tak hengat.
Aku rasa meja kiri kanan depan belakang aku semua dah kalih pandang meja kita orang. Eizam punya gelak pun boleh tahan juga. Ini yang buat aku rasa nak tutup mulut dia je bila sekali lagi mata aku bertembung dengan mata manusia yang senyum kat aku tadi.
Dia senyum lagi. Tapi kali ni lebih menawan. Haish...parah hati aku kalau asyik tengok senyuman dia aje. Cepat-cepat aku tendang kaki Eizam supaya berhenti gelak.

“Aduh! Sakitlah Amal.” Berkerut muka Eizam tahan sakit.
“Padan muka kau! Jangan nak pandai nasihat aku kalau kau tu pun sama. Gelak macam hantu. Semua orang dah tengok sini.” Eizam sengih. Aku pulak sedaya upaya tak nak pandang sebelah kiri. Takut terpandang dia lagi.
“Relakslah Amal. Jangan emo.” Farah cuba tenangkan aku.
“Mana aku tak emo. Korang tu tak habis-habis bangkitkan isu sensitif,” jawab aku.
“Kita orang ni bukan apa. Risaukan kau tu yang masih solo lagi,” kata Eizam.
“Hurmm...korang ni sama macam ibu aku. Tak habis-habis sebut pasal isu ni. Aku dah bosan dengar.”
“Kau kena faham perasaan ibu kau tu. Dia mesti nak tengok anak sulung dia kahwin juga. Lagipun, umur kau tu dah sesuai sangat jadi isteri orang. Carrier dah mantap, rumah dah ada, kereta pun sikit punya mewah. Sekarang ni, apa lagi yang kau tunggu?” Eizam angkat kening. Aku picit dahi.

“Betul tu. Aku pun setuju dengan cakap Eizam. Dalam geng kita, kau seorang je macam ni. Bila aku nak merasa makan nasi minyak kau, weh?” Farah pulak ajukan soalan yang aku sendiri tak ada jawapan.
“Korang ingat nak pilih suami ni macam pilih baju ke? Relakslah... Kasi aku enjoy dulu. Ada jodoh aku kahwin la.”
Sebenarnya, aku dah malas nak dengar pasal isu ni. Selagi aku tak kahwin, selagi tulah tak habis-habis asyik desak aku dengan soalan yang sama. Aku ni bukannya tak nak kahwin tapi tak ada jodoh lagi. Nak buat macam mana? Takkan aku nak pergi tangkap muat mana-mana lelaki untuk jadi suami. Nampak sangat desperate. Huh!

“Kita orang ni cuma risau pasal kau yang tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Umur kau pun dah nak masuk 30. Kau kena ingat tu. Perempuan makin naik umur makin jatuh saham dia. Lainlah lelaki.” Aku senyum. Ada betulnya cakap Farah tu.
“Kau ada tunggu seseorang ke Amal?” Tiba-tiba Eizam tembak aku. Sentap kejap. Aku pandang muka dia. Senyum lagi.
“Tak adalah. Buat apa nak capai bintang di langit kalau dah tahu tangan tu pendek, tak sampai.” Aku tengok Eizam dah senyum sejuta makna. Farah pulak jungkit kening.

“Dalam maksud kau, Amal. Gaya macam orang frust je. Ada apa-apa ke ni?” tanya Eizam lagi. Aku senyum. Geleng kepala.
“Tak ada apa-apa. Just saying.” Aku tunduk tengok jam.
Rahsia di hati tak siapa yang tahu. Jadi, biarlah ia kekal jadi simpanan aku.

0 comments:

Post a Comment