Saturday, March 14, 2015

Teaser #6: KERANA LAMARAN ITU - XUANZA


“Hello..Assalamualaikum. May I speak to Maira?”
Erkk...siapa ni? Nombor pun tak kenal lepas tu boleh pulak panggil Maira. Aku tengok skrin handset aku balik. Sah! Memang aku tak pernah tengok nombor ni.
“Waalaikumsalam. Yes, I am. Who’s calling?”
“Haicarl’s here.”
“Sorry...I don’t know you.”

Aku mula ragu-ragu. Siapalah manusia yang aku kenal namanya Haicarl. Sudahlah sekarang ni aku tengah banyak kerja. Lepas tu, aku dengar suara dia gelak kecil. Ini yang buat aku tambah bengang.
“Maira tak nak kereta ke?” tanya dia lembut.
Haaa...mia cara Inche Ry! Haicarl laaa.. Apa ke bengap betul aku ni? Aku ketuk kepala. Macam manalah boleh lupa dengan buah hati pengarang jantung aku yang satu tu.
“Eh...nak! Sorry blur sikit hari ni. Kereta dah siap ke?” Kelam-kabut aku jawab. Cuak juga kalau dia tak nak bagi kereta aku balik.

“Ingatkan dah tak nak tadi. So, can I have your address please?”
Erk..dia nak buat apa dengan alamat aku? Nak hantar rombongan meminang ke? Haila... Amal. Jangan perasan boleh tak?
“What for?” tanya aku lepas diam kejap. Sibuk berangan.
“Nak hantar kereta Maira balik.” Dia tenang jawab soalan blur aku.
“Eh..tak payah susah-susah. Saya boleh ambil sendiri nanti.” Serba salah pulak aku nak menyusahkan dia hantar Inche Ry balik rumah. Ipoh dengan KL bukan dekat sangat. Berjam juga baru sampai.
“Tak susah pun. I’m sure you want to use your car as soon as possible, am I wrong?”
“No..yup..no.” Arghh...damn! Cepat-cepat aku susun ayat balik.
“Saya boleh ambil sendiri nanti.”

“Maira nak kereta ke tak nak?” Suara dia macam nak gelak.
Mestilah aku nak kereta aku. Apa punya soalan daa..
“Of course saya nak.” Bersungguh-sungguh aku jawab. Tak ada ragu-ragu lagi. Biar dia tahu betapa terdesaknya aku.
Dia gelak kecil akhirnya.
“So, don’t argue. Someone will send your car. Your address please?” Tanpa banyak soal aku cepat-cepat bagi alamat rumah aku.

“How much that I have to pay?” tanya aku lagi. Nak juga tahu berapa yang patut aku bayar.
“Not a single pence. It’s all on me.”
Hai.. apa kes ini? Kata bayar separuh-separuh. Ini yang aku tak gemar ni.
“Please...janganlah macam tu. You’ve promised me the other day right?” Kan dah keluar ayat pujuk rayu aku.
“The one who promised you was my sister, not me. So it’s up to me whether you’re going to pay for it or not,” tegas dia.

Ini yang aku tak suka. Nampak sangat macam aku nak ambil kesempatan suruh dia bayar semua. Lepas beberapa minit lawan cakap dengan dia, akhirnya aku terpaksa juga bersetuju. Takut pulak dia ‘gantung tak bertali’ Inche Ry kesayangan aku. Nanti ada juga yang menangis tak berlagu.
Pejam celik pejam celik sebenarnya dah tiga bulan peristiwa Inche Ry tersadai kat bengkel berlalu. Tak sangka cepat je masa berlalu.
Hari ni adalah hari bermakna buat Iman sebab dia bakal menyandang status sebagai isteri orang.

“Adiknya dah nak kahwin kakaknya bila lagi?”
Itulah ayat yang keluar dari mulut mak cik aku yang aku panggil mak ngah, kakak kedua ibu. Aku senyum sebab dah lali dengan soalan macam tu.
“Belum ada jodoh lagi mak ngah.” Masa tu aku tengah sibuk tolong ibu buat sirih junjung.
“Perempuan kalau dah bekerjaya macam ni, mana la nak layan orang-orang biasa. Dia orang ni nak yang luar biasa aje. Itulah yang makin meningkat kadar perempuan yang kahwin lambat. Tak pun tak kahwin langsung. Jadilah anak dara tak laku,” Pedas betul ayat Mak Long. Gaya macam dia tak ada anak yang tak kahwin lagi.

Aku pelik betul dengan mak cik aku ni. Dia orang ke nak tanggung kalau aku tak kahwin? Kalau aku kahwin hidup menderita ada ke dia orang nak ambil kisah? Mak cik-mak cik aku ni ingat senang ke nak cari jodoh zaman sekarang. Dulu bolehlah depan orang tua baik, belakang orang tua pun baik. Zaman sekarang ni jangan haraplah. Pijak kerengga pun tak mati weyh!! Kalau dalam sepuluh tu, satu dua aje yang betul-betul ikhlas dan baik. Ingat aku nak tangkap muat ke cari calon buat suami.
I’m not desperate okay!

0 comments:

Post a Comment