Biodata diri.
Nama: Siti Lailatulshima Binti Baruddin
Nama Pena: Izma Qaheira
Nama Pena: Izma Qaheira
Buku pertama diterbitkan: Dia .......Aku Punya
Penerbit: October
Dilahirkan pada 14 Januari 1981 di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Anak kedua dari lima adik-beradik.
Mendirikan rumahtangga pada tahun 2005.
Nama suami Rohaizam Ismail yang berasal dari Terengganu.
Memperolehi 3 orang cahaya mata, Izma Nurul Syafiqa, Izma Nurul Syaqira dan Izma Nor Syahir. IZMA QAHIERA diambil sempena gabungan nama mereka berlima.
Mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan pada tahun 2013.
Menulis secara santai di http://qahiera.blogspot.com.
Menggemari gaya penulisan kreatif dan sering menjadikan kisah benar masyarakat sekeliling dan teman-teman rapat sebagai plot utama sesebuah manuskrip yang ingin dihasilkan.
Beliau tidak mempunyai rak buku atau libraray lagi. Mungkin di masa akan datang :)
Jadi, kami paparkan gambar beliau di rumah bersama dengan karya-karya beliau yang telah diterbitkan dengan beberapa penerbit untuk tatapan anda.
Di sini juga kami paparkan gambar-gambar beliau semasa menghadiri beberapa promosi yang dijalankan oleh October. Untuk pengetahuan semua, beliau memang rajin datang untuk mempromosi buku beliau bersama October.
Pihak October ingin mengucapkan Selamat Berjaya dan Selamat Berkarya kepada beliau.
Kini kami tawarkan Combo C dengan harga diskaun bagi buku Dia.....Aku Punya-Izma Qaheira dan Dilarang Masuk Ke Dalam Hatiku-Mia Kiff khas untuk anda.
Blurb:
“Jadi kaulah Fakhri? Satu-satunya lelaki yang sanggup membeli perempuan paling comel dalam kampung ni? Hmmm...boleh tahan! Pandai kau pilih Gee! Dia berwang. Dan kau pula beruang!Hahaha!!!”
Aku tak pernah berangan untuk dipuji cantik. Apatah lagi datang jejaka mengatakan dia jatuh cinta pandang pertama dengan aku. Tak pernah dan takkan terjadi. Sebab aku sedar diri aku, hanya seorang gadis yang biasa-biasa saja dan mungkin…. luar daripada kebiasaan?
Aku bahagia dengan kehidupan aku, tapi kenapa ada saja yang mengganggu emosi aku?
Dan… cinta. Aku bukan tak percaya kepada cinta. Aku juga ingin dicintai seikhlas dan sepenuh hati. Tapi untuk mencuba sekali lagi, aku tak berani. Cukuplah sebelum ini aku dikecewakan oleh cinta seorang lelaki.
Tapi… tanpa aku sangka, perkara yang aku tak pernah angankan selama ini, akhirnya muncul.
Ya, rasa itu memang ada dan dia juga memang benar-benar wujud! Dia muncul saat aku sudah serik untuk percaya kepada janji-janji lelaki. Bagi aku, dia sama seperti mereka, hanya ingin menduga aku.
Setelah aku cuba melepaskan rasa ini terhadapnya, setelah berbagai-bagai fitnah dan cemuhan yang hadir antara aku dan dia, adakah masih ada peluang untuk aku mendapatkan cinta itu? Adakah lelaki itu yang sememangnya aku nantikan untuk menjadi yang pertama dan terakhir dalam hayatku ini?
“Sayang I kepada you, sama macam I sayang kepada nyawa I sendiri. Cinta I kepada you tak pernah mengharapkan lebih daripada apa yang I dapat sekarang. Kalau you cuba mengubahnya, itu bukan cinta namanya. Itu kompromi. Dan dalam percintaan tidak wujud sifat kompromi. Yang wujud hanya rasa ingin saling melengkapi. Kita menerima antara satu sama lain seadanya.”
0 comments:
Post a Comment