Thursday, September 12, 2013

TIPS MENULIS

Oleh Hayati Ahmad

Menulis kena ada mood. Sebab apa yang ditulis mengambarkan mood penulis...tulisan yang datang dari hati..insyaAllah akan menyentuh hati pembacanya. Menulis ibarat lakaran lukisan jiwa penulis dalam bentuk simbol-simbol huruf yang memberi makna. Lakaran jiwa yang ingin dikongsikan dengan khalayak pembaca.

Bagaimana hendak menimbulkan Mood?

Mendengar lagu..mendengar instrumental..melihat gambar-gambar menarik. Berpuisi atau boleh sahaja terus mandi dan berharap selepas mandi mood menulis akan muncul. Kadangkala ilham akan datang tidak mengira waktu..mungkin sahaja ketika mandi.hendak tidur..mencuci pinggan mangkuk..malah ketika sedang makan. Bila idea datang apa nak buat??? Terutamanya ketika masa yang tidak kena....jangan sia-siakan masa anda..sila cari kertas dan pen..kalau ada galaxy note..gunakan segala kemajuan itu..tuliskan idea anda meskipun hanya sebaris ayat! Belum tentu idea itu datang lagi..ingat!..ilham yang baik itu datangnya dari Allah swt.

Saya pernah didatangi  idea  mencurah-curah..bagaimanakah saya harus menanganinya?
Cukup mudah..taip sahaja atau tulis sahaja apa yang terlintas..murnikan kemudian!..tidak mengapa jika ia terbengkalai sebentar..mana tahu anda akan menyudahkannya kemudian kelak.

Tulisan yang baik ialah tulisan yang hampir dengan khalayaknya...membuka minda pembaca daripada tidak tahu kepada tahu. Maka buatklah kajian jika menulis novel atau cerpen. Jangan tipu pembaca..atau buat pembaca rasa diperbodoh-bodohkan meskipun dengan tujuan berjenaka. Tidak salah menggunakan ayat bombastik..penggunaan simele mahupun metafora semua itu adalah seni..dalam seni tiada yang salah!..sebab ia kreativiti...contoh kerinduan merasuk..sehingga Zara rasa bagaikan jantungnya diramas-ramas dengan kasar. Atau boleh juga tulis.. Bulan membisikkan rindu lewat semilir yang berkunjung...aku terpanah oleh rasa yang mendalam..bergetar sehingga keseluruh urat nadi dan darah.  Penggunaan unsur-unsur ini sekadar menguatkan ayat..dan mengindahkannya. Penulis jangan malas untuk buat research...

Sedikit mengenai penulis:
Hayati Ahmad adalah penulis untuk novel kedua keluaran Karystos Creative, iaitu Wasilah Kasih. Beliau kini menetap di Sungkai, Perak.


0 comments:

Post a Comment