Tuesday, September 17, 2013

Bila Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang




Memetik kata-kata Winston Churchill , "Pena lebih tajam daripada pedang." Sementara Napoleon Bonaparte pula pernah mengatakan,"Saya lebih takut pada sebuah pena daripada seratus meriam." 

Berhati-hatilah bila menyusun kata. Walaupun kita mungkin tidak menggunakan pena untuk menulis berbanding hanya menekan huruf-huruf pada keyboard komputer sahaja. Istilah "pena" yang dimaksudkan adalah tulisan atau karya yang kita hasilkan.

Menulis membuta tuli dan berpaksikan emosi tanpa ilmu, hanya memudaratkan dan boleh menimbulkan keraguan dan pertelingkahan pendapat pada pembaca. Apatah lagi apabila ia berkaitan tentang akidah dan syariat. Islam mengajar kita halus dan lembut dalam bicara dan tutur kata apatah lagi jika ditulis dalam bentuk karya untuk dibaca. Percayalah, kadang-kadang kesedaran mahupun keinsafan akan lahir dengan hanya membaca tulisan yang jujur, penuh mutiara ilmu dan ditulis penuh berhemah!

“Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengeraskan hati yang lunak seperti sutera.” - Pujangga

Sehari dua ni, nama Aduka Taruna cukup panas diperkatakan. Semuanya kerana penangan "Mata pena lebih tajam dari pedang."  Ekoran daripada itu, berpuluh-puluh laporan polis dibuat kerana tulisan Aduka Taruna yang  dikatakan menghina Almarhum Sultan Johor. Blog Aduka Taruna pada hari Isnin, 25 Januari 2010 dikatakan dikunjungi hampir 113,111 kunjungan dan menerima beratus-ratus komen luahan rasa tidak puas hati pengunjung. Bahkan hari yang sama, AT telah menyerah diri dan direman 4 hari untuk siasatan..Cukup besar impak yang diterima oleh Aduka Taruna!

Renungilah kata-kata hikmah ini :
 Beruntunglah orang yang perkataannya zikir, diamnya fikir dan pandangannya iktibar.

Selamat berkarya! Menulis terus menulis.. 

0 comments:

Post a Comment