Monday, February 3, 2014

Petikan Daripada Dilarang Masuk Ke Dalam Hatiku - Mia Kiff



“Masalahnya sekarang... abang nak, nak, nak, nak jadi suami Kifa! Lantaklah Kifa tak mahu pun, masalahnya kita dah nikah. Kita dah jadi suami isteri. Tak ada sebab kita nak berpisah. Kifa nak abang lepaskan Kifa supaya Kifa dapat kahwin dengan Arri tu kan? Lelaki yang tak bertanggungjawab tu? Apa pun alasan yang dia bagi, dah tak ada guna lagi. Siapa yang ada di sisi Kifa masa Kifa dalam kesusahan? Siapa yang terlalu baik hati tolong Kifa masa tu? Hah, siapa? Abang, sayang! Abang! Suami Kifayah!“ Engku Edry Ashman mendabik dadanya. Kifayah hanya mampu mendengar kenyataan yang sukar disangkal itu. Terdiam dia dibuatnya.

“Kalau pun Arri muncul hari tu, dia mampu ke nak bayar balik duit lelaki boroi yang mak dan ayah Kifa
habiskan tu? Dekat lima puluh lima ribu ringgit tau tak abang berhabis untuk Kifa pada hari tu? Abang tak pernah tau jadi bodoh macam ni kerana seorang perempuan. Tapi demi Kifa, abang sanggup jadi bodoh. Kifa tahu tak betapa hancurnya hati abang atas perbuatan Kifa? Tapi abang sabarkan hati ni. Kalau kita tak kahwin, mak dan ayah Kifa tetap akan cuba lain kali untuk kahwinkan Kifa dengan lelaki tu. Kifa perlukan seorang pelindung Kifa, iaitu abang, bukan Arri. Kifa sendiri tahu macam mana perangai mak dan ayah Kifa yang mata duitan tu, yang pentingkan kemahuan sendiri berbanding kebahagiaan anak-anak,“ terang Engku Edry Ashman akan perasaan yang terbuku dalam hatinya. 

Sebelum membawa Kifayah pulang selepas majlis pernikahan mereka, sempat lagi emak dan ayah Kifayah berpesan kepadanya agar memasukkan wang belanja untuk mereka pada tiap-tiap bulan. Jelas ketara sifat mata duitan mereka. Kifayah sedikit tersentuh. Memang benar sekali tanggapan Engku Edry Ashman. Jika tiada dia, sudah pasti Kifayah kini menjadi isteri Man Boroi. Lelaki ini telah berjasa dengan Kifayah dan Kifayah kini harus membalas jasanya itu dengan bergelar isteri. Kifayah terus menangis teresak-esak, sedih memikirkan masa depannya yang sudah musnah.

“Kalau pun Arri nak Kifa balik, semuanya dah terlambat sebab kita dah nikah. Hal cerai-berai ni, bukan
main-main. Abang dah serik, sayang. Cukuplah hal-hal dulu tu. Abang juga nak membina rumah tangga baru yang kekal bahagia. Abang dah lama simpan hasrat agar Kifa jadi isteri abang. Tapi, abang simpan angan-angan tu sebab Kifa dah ada Arri. Bila peluang datang, abang tak sanggup siasiakan peluang tu. Mulai hari ni, kita mulakan hidup baru. Kifa bukan saja harus ingat, tapi tanamkan dalam diri Kifa yang Kifa sekarang ni, sudah bergelar isteri kepada lelaki yang bernama Engku Edry Ashman. kenyataan,“ terang Engku Edry Ashman sekali lagi. Jika Kifayah masih belum faham-faham bahasa, dia akan menghantar e-mel atau SMS pula.

Kata-kata itu bagaikan menyedarkan Kifayah akan hakikat yang sudah berlaku dalam hidupnya. Engku Edry
Ashman ialah suaminya dan lelaki itu mempunyai hak ke atasnya. Memang betul kata Engku Edry Ashman, dia telah melakukan kerja gila kerana melarikan diri dengan Arrian menerima Syah sedangkan dia isteri orang.


0 comments:

Post a Comment