Saturday, March 14, 2015

Teaser #5: KERANA LAMARAN ITU - XUANZA



“Arghhh!!”
Terlepas juga rasa marah yang terbuku kat hati sejak tadi. Kalau ada orang nampak keadaan aku sekarang ni, mesti orang cakap aku gila. Aku hanya nak jumpa Iman sebab nak buat perhitungan dengan dia.

Muka aku tak payah cakap la waktu tu. Bengang! Muka Iman pulak terus berubah bila nampak aku datang. Perempuan yang kat depan Iman pun nampak cuak bila tengok aku. Muka aku ada macam gangster ke?

Aku tengok sekilas kat Inche Ry yang dah tersadai kaku kat tepi jalan. Teruk juga kena hentam ni.
Oh! Inche Ry kesian kau. Mesti sakitkan. Aku rasa macam nak menangis tapi aku terpaksa tahankan aje air mata.
Lepas layan perasaan kejap, aku datang ke arah Iman. Aku nampak Iman telan liur tengok aku. Tahu pun cuak minah ni.
“Explain!” Saja aku tekan ayat tu. Bagi dia makin cuak.
“I can explain..”

Tiba-tiba ada pulak satu suara yang mencelah. Entah datang dari planet mana pun aku tak tahu. Aku kalih ke belakang.
Oh my...he’s so damn hot. Hati terus melonjak semacam.
Dia tengah sandar kat tepi pintu BMW sambil pandang aku. Aik...sejak bila dia berdiri kat situ? Tadi masa aku datang tak nampak pun dia. Pelik!
Dia nampak extremely macho dengan baju kemeja kelabu belang hitam. Lengan baju dia lipat sampai ke lengan. Tali leher dah dilonggarkan. Who’s that guy actually?
Aku tayang muka serius walaupun dalam hati dah gedik berdebar tak tentu pasal. Dia senyum tengok aku.

“I’m Haicarl and this is my sister, Zara. She accidentally hit your car while reversing,” jelas dia. Tenang.
Adik dia, Zara senyum tengok aku. Dia terus hulurkan tangan untuk salam. Aku pun sambut sambil senyum.
Fuhh.. nama dia memang secantik rupa. Muka macam mix. Otak aku mula menggatal nak merewang tak tentu pasal. Inche Ry tak settle, sibuk pergi analisa orang lain buat apa. Hish..fokus Amal.
Aku geleng kepala. Cuba halau benda yang aku tak patut fikir saat-saat genting macam ni.

“Are you okay?” tanya Haicarl sambil pandang tepat ke arah aku.
Ishk...ishk...janganlah pandang macam tu. Karang mula la aku nak blushing tiba-tiba.
“Err..ya..I’m okay.”
Walaupun aku cuba kawal rasa gugup yang datang tak tentu pasal, tapi masih jelas boleh dengar. Saja suka malukan tuan betul. Aku pandang sekilas ke arah Iman yang mula selamba. Hish..budak ni macam tak ada buat salah apa-apa je. Nak kena dia ni.

“Can you give me a minute? I need to talk to my sister.”
“Sure.”
Lepas dia cakap macam tu, aku terus tarik tangan Iman. Jauh sikit daripada dia orang.
“What the hell is going on?”
Aku terus tembak Iman tanpa bagi signal. Amekaw! Geram betul aku.

Tergagap-gagap Iman nak jawab soalan aku yang semudah alif ba ta tu. Macam dia tak tahu aku ni bukan boleh dibuat main hal macam ni. Kalau datang gila-gila aku, memang tak terlayan, tapi bila datang bab serius jangan main-main. Ada juga yang nak kena sepak laju-laju.
“Eii...cermin pandang belakang tu sikit punya panjang akak letak, takkan Iman masih tak boleh tengok kereta ada ke tak? Berapa lama dapat lesen hah? I’ve told you not even a scratch but now..arrghh..geramnyerrr...”
Aku pandang tepat muka Iman. Aku sedaya upaya cuba kawal ton suara aku. Nasib baik sekarang ni kat luar, kalau dekat rumah memang aku dah melalak dekat Iman.

Iman terdiam tengok aku. Dia mesti tak tahu nak cakap apa bila tengok aku dah naik hantu macam ni.
“Apesal Iman langgar BMW?” tanya aku. Geram.
“Hah?!” Iman tayang muka blur.
“Yelah... apesal langgar BMW je? Kan lagi bagus langgar Ferrari ke... Audi R8 ke... Lamborghini ke... tak pun Maserati. Baru gempak. Biar rabak poket akak ni.”
Aku tengok Iman terkedu dengar jawapan aku. Memang aku perli tahap tak hengat kat dia. Biar ada akal sikit.

“Akak, kira okay la Iman ter..langgar BMW. Terlanggar BMW ni pun dah boleh buat poket akak yang berkepuk tu koyak rabak,” jawab Iman selamba.
“Menjawab je tahu. Dah buat salah bukan nak mintak maaf. Berani lagi nak menjawab.”
Mulalah suara aku pun naik. Aku pandang dia macam nak terkeluar biji mata dari soket. Iman terus tunduk macam pesalah. Dia ingat aku nak gelak la dengar apa yang dia cakap tadi. Sorry, Iman.

“Akak..sorry..” Suara Iman dah perlahan.
“Excuse me, sorry for interrupting but can we settle this matter together?”
Aku terus pandang hamba Allah yang segak tampan lagi bergaya ni. Mesti dia dengar suara aku yang bukan main kasar tadi. Hadoyai..buat malu je.

Walaupun, muka mamat depan aku ni handsome tahap boleh mencairkan hati, tapi itu masih belum cukup mampu untuk sejukkan hati aku yang membara ni.
“May I know your name?” tanya dia lembut.
Perghh..suara dia buat aku cair. Amal, tolong jangan gatal.
Tapi, apa kes nak tahu nama aku?
Nak menggatal ke?

0 comments:

Post a Comment