Tuesday, June 23, 2015

Teaser #2: LOVE LETTER - MINZHEE



Sudah lama Hadif tidak masuk ke laman Facebook. Kerjanya yang sentiasa menimbun itu sudah cukup memeningkan kepala, mana ada masa nak bermain Facebook bagai.
Kebanyakan post di Facebook merupakan ucapan tahniah daripada kawan-kawan kepada Zariel, sahabatnya yang bakal bernikah. Tiba-tiba...

Macam kenal aje... Siapa ni? Hadif bermonolog sendiri sambil meneliti satu post ucapan tahniah di situ.
“Ehhh...” Panjang harakat ‘eh’ Hadif. Terkejut punya pasal!
Ni kan... Nelissa? Cik setiausaha yang marah-marah tadi?

Hadif terus meneliti Timeline Facebook Nelissa, dan penemuan status Nelissa berkenaan kejadian siang tadi menguatkan lagi bukti yang Nelissa ini ialah orang yang sama.

* Uhui, malu much!!! Mana aku tahu dia tu klien yang penting sangat tu!!! Tak pasal-pasal aku dah termengamuk dekat dia! *

Hadif sudah tersenyum lebar. Tangannya pantas melarikan tetikus untuk meneliti profil si gadis. Laju saja dia hendak menekan butang untuk Add Friend. Mana boleh tunggu lagi, peluang dah ada depan mata. Tapi rupanya...

Mereka memang Friend.
Hadif melopong. Bila masa? Kenapa dia terlepas pandang gadis manis ini? Eee, rugi-rugi.
Airis Nelissa.
Sekali lagi Hadif menyebut nama penuh Nelissa, suka...
****************************************
UHUK, UHUK...
Nelissa tersedak. Habis dia terbatuk-batuk. Perit rasanya tekak dek tersedak nasi yang dimakannya.
“Siapalah yang menyebut nama kau sampai tersedak gini...” Hani mengusap-usap perlahan belakang badan Nelissa.

“Awal pula kau balik hari ni, Lis?” Hani membuka mulutnya untuk bertanya apabila Nelissa sudah tenang.
“Hmmm... Tadi mesyuarat dengan Exile Group tu dah selesai, so kita orang macam dah free sikitlah.”
“Projek besar ya?” Teruja Hani bertanya.
“Hmmm... Yalah kut. Dato serius gila untuk projek kali ni. Lagipun bos Exile tu susah nak dilayan.” Nelissa mencebik. .
“Ooo... Ni mesti klien jenis Dato-Dato, Tan Sri-Tan Sri kan?”
“Tak adalah... Muda lagi kut, takkan dah tittle Dato? I don’t think so.”
“Muda? So, handsome la ni?” Bersinar mata Hani.
“Handsome sangat...” tutur Nelissa dalam nada sinis. Matanya sudah dijulingkan ke atas sambil tangannya diletakkan di bahu.

Sebenarnya Nelissa tidak sempat nak meneliti pun wajah lelaki itu, manalah dia tahu kacak atau tidak. Lagipun dah perangai cerewet, mengada-ada macam itu, muka kacak pun akan jadi tidak kacak pada Nelissa.
Sengallah kau ni Lis.

0 comments:

Post a Comment