Tuesday, June 23, 2015

Teaser #1: GINCU MERAH JAMBU - AIMA CHAN




BOOOMMM!!!
Malang memang tidak berbau.
Adra membrek seketika tadi kerana lampu isyarat di hadapannya sudah
bertukar warna. Tetapi, kereta di belakangnya pula yang tidak peka hingga membuatkan wajah Adra sudah selamat mencium stereng, sama seperti buntut keretanya.
Adra melangkah laju menghampiri Lancer yang sudah ‘menang loteri’ hari ini. Pintu pemandu kereta itu masih belum terbuka, begitu juga dengan tingkapnya yang cukup gelap.
Cermin kereta itu terus diketuknya berkali-kali.
Hampir sahaja Adra mahu menendang tayar Lancer itu dengan kasut ‘kebal’nya, tiba-tiba pintu kereta dibuka.
“Ingatkan dah tak berani nak keluar tadi. Maklumlah, orang dah buat salah. Taktik takut nak mengaku la tu.”
“Excuse me, amoi. Jaga sikit mulut you tu. You lupa nak makan dimsum ke tengah hari ni sampai nak sembur I tak tentu pasal. Ada ke I cakap I tak nak mengaku salah?”
“Habis tu, yang you tak nak keluar tu kenapa? Dah la langgar kereta orang, poyo pula tu.”
"Pasal kereta you ni, I akan bayar. Berapa sangatlah nak repair kemek sikit tu. Nanti I call orang I untuk hantar kereta you pergi bengkel. You jangan buat hal ni jadi lagi complicated la amoi. You balik lunch, biar hati tenang sikit meh.”
Lebih kurang 20 minit kemudian, barulah dua buah lori penunda datang menghampiri kereta mereka.
Sempat dia melirik melihat cermin sisi kereta sebelum ditunda. Terkejut Adra melihat bibir dan pipinya yang sudah comot dengan palitan gincu merah jambu yang dipakainya.
"Patutlah mamat tu tak nak berhenti tersengih-sengih macam kerang busuk. Dia memang gelakkan aku rupanya.”
Sedang membetulkan penampilannya yang sudah serabai, telefonnya tiba-tiba mula berdering riang.
Melihatkan nama si pemanggil yang tertera di dada skrin, wajah Adra sudah mula berubah pucat.
Dengan lambat dan teragak-agak, dia akhirnya menjawab juga panggilan itu.
“You kat mana, Adra? Kenapa you tak call I hah?”
Itulah soalan pertama yang menerjah telinga Adra tanpa sempat dia bersuara apa-apa.

0 comments:

Post a Comment