Saturday, June 20, 2015

Teaser #1: LOVE LETTER - MINZHEE



“Encik!!!” Kuat suara Nelissa memanggil.
“Me?”
“Ada orang lain ke dekat sini?”
“Errr... Tak, tak ada. Kenapa ya, cik? Ada apa-apa boleh saya bantu?”
“Memang ada! Boleh tak sekurang-kurangnya encik minta maaf lepas encik langgar saya sampai jatuh tergolek?”
“Maafkan saya cik, saya memang betul-betul tak perasan. Tadi tu saya tengah on the phone dengan pelanggan penting saya. Maafkan saya...”
“Lain kali jalan tu pandang depan, jangan pakai redah aje!” marah Nelissa lagi sebelum dia mengutip fail di atas lantai kemudian melangkah pergi.
“Tuan Hadif!”
“Jomlah, dah nak lambat dah ni.” Hadif bersuara tegas.
Kakinya pula sudah diayunkan dengan penuh berkarisma menuju ke arah tempat yang ingin dituju.
Kehadiran mereka disambut hormat oleh pemilik syarikat, Dato' Karim dan
para pekerja yang turut berada di dalam bilik mesyuarat itu.
Ahah... Kalau dah berjodoh tu memang asyik berjumpa sahaja kerjanya.
Nelissa yang terasa dirinya lama diperhatikan lantas mengangkat kepalanya daripada tertunduk. Senyuman manis yang terukir di bibir mungilnya mati serta-merta. Liurnya terasa sukar untuk ditelan.
“We meet again...” Suara Hadif separuh menggoda dengan senyuman nakalnya masih tersungging di bibir.
“Eh, awak pernah jumpa dengan Hadif, Lis?” Suara Dato Karim yang terkejut pula mencecah pendengaran Nelissa.
Nelissa terasa mahu pitam. Nampak gayanya dia perlu membeli surat khabar dan pen marker la selepas ini, lepas tu luangkan masa di ruangan iklan kerja kosong.
Matilah dia kena buang kerja lepas ni...

0 comments:

Post a Comment