Aku menoleh. Encik Ben tersenyum memandang
aku.
Ya. Encik Azhar Benjamin, adik kepada Encik Azhar
Bunyamin,
anak kepada Dato’ Azli Bernard. Dialah bos aku
yang sangat macho, handsome dan sewaktu
dengannya.
Pagipagi
sudah buat hati aku bergoncang kerana pagi-pagi dia
akan mengoncangkan
partition aku.
“Ada, Encik Ben. After lunch...”
“Tak, saya tanya. Awak ada janji ke dengan saya
hari
ini, kebetulan kita pakai baju warna yang sama?”
“Oh...”
Kebetulan, hari ini aku berbaju kurung
berwarna
hijau daun pucuk pisang dan dia pula memakai kemeja
berwarna hijau cerah. Aku tersenyum.
Baru aku perasan
hari ini sama warna. Sebenarnya, semalam pun sama.
Kelmarin juga sama.
Sebenarnya sudah lama perasan, tapi
saja buat-buat tak perasan. Nanti dikatakan perasaan!
“Nama pun kebetulan kan, Encik Ben.”
“Ya ke? Atau awak scordeng susunan baju saya
dalam almari?”
“Pandai Encik Ben buat lawak. Macamlah saya ni
isteri Encik Ben pula sampai tahu baju apa pula nak pakai.”
Encik Ben tersenyum. “Mana tahu, daripada
menguruskan jadual saya, sampailah ke baju saya nanti?”
“Pula! Saya tak naklah jadi yang nombor dua.”
“Kenapa mesti nombor dua?”
“Habis, Encik Ben nak letak Cik Maira dekat mana
pula?”
“Ya Allah!” Encik Ben menepuk dahinya.
“Kenapa?” Aku mengerut dahi.
“Nasib baik awak ingatkan dia pada saya. Saya
terlupa nak ambil dia di airport! Okey, saya keluar sekejap.
Nanti Maira tu mengamuk pula.” Dia mencapai kotnya dan
berlalu.
Aku ketawa. Apalah bos aku ni, tunang sendiri
pun lupa. Dia pun tak ada cakap dengan aku untuk
ingatkan. Kalau tidak, sudah tentu aku akan ingatkan dia.
Tak pasal saja nanti kena marah dengan Cik Maira tu.
Cik
Maira tu bukan boleh nak tunggu-tunggu.
“Kau ni, Na.”
“Apa?”
“Aku ingat kau ni serba tahu sangat, rupanya ada
juga benda yang kau tak tahu ya?”
Aku mengerut dahi. “Apa maksud kau?”
“Tentang perasaan... Perasaan Encik Ben pada
kau.”