Wednesday, January 1, 2014

Resolusi Tahun Baru Untuk Menulis Yang Anda Boleh Buat


Ia datang lagi...masa untuk membuat resolusi pada awal tahun. Ramai yang mengatakan bahawa resolusi selalunya tidak diikuti dan ia tidak akan mengubah apa-apa. 
Ianya akan berkesan, jika anda menjalankannya dengan cara yang betul. 
Jika anda ingin menjadi penulis yang lebih baik, anda boleh meraih segala kebaikan menjadi seorang pencipta kandungan tulisan yang strategik dan berwibawa, dan anda tidak akan mencapai apa yang dicita jika sekadar ingin "menjadi penulis yang lebih baik tahun ini".   Atau dengan berjanji dengan diri sendiri untuk menulis selama 6 jam sehari, tiap-tiap hari. 
Disini kami kongsikan satu tabii yang anda boleh mulakan - yang boleh membawa anda ke mana anda ingini. 
Pada setiap hari (walaupun pada hari cuti) dalam bulan Januari ini, tulislah selama 20 minit. 
Selama 20 minit itu, matikan segala gangguan....telefon, keluar daripada e-mail, dan juga Facebook atau  media sosial yang lain. 
Kadang-kadang anda mungkin menulis dalam buku nota semasa menanti bas. Kadang-kadang anda mungkin rasa apa yang anda tulis itu "crap' semata-mata. Teruskan.
Gunakan timer untuk 20 minit. Jangan edit semasa menulis. Ini hanya untuk "draft" sahaja.
Tulis sahaja...setiap hari, selama 31 hari. 
Ia tidak semestinya suatu projek besar...dan juga tidak semestinya suatu hasil penulisan yang baik. Tulis sahaja apa-apa. 
Anda mungkin ingin menggunakan Kaedah Seinfield, di mana anda tandakan "X" pada kalendar pada hari-hari yang anda menulis.
Apa harus dibuat jika anda tidak menulis?
Jika dengan menggunakan Kaedah Seinfield dan ia masih tidak berkesan untuk anda, pendekkan masa menulis anda ke 15 minit.
Jika ia tidak berhasil juga, kurangkan lagi ke 10 minit atau 2 minit.
Jika tidak boleh menulis selama 2 minit sehari, tulislah 1 perkataan sehari. Selepas beberapa hari cuba menulis 1 ayat pula. 
Tulislah ayat-ayat anda setiap hari selama 31 hari. Jika sampai 17 Januari belum juga bermula...tidak apa, mulakan sahaja.
“Tetapi bagaimana anda boleh menulis sebuah buku jika menulis satu ayat sahaja sehari”
Jika anda tidak menulis langsung setiap hari, menulis satu ayat adalah satu permulaan yang baik.
Bila anda sudah mulakan tabbi menulis satu ayat setiap hari, anda akan mula menulis tanpa disedari. 
Bila sudah bermula menulis setiap hari, anda boleh menambahkan masa menulis-mungkin 2 sesi 30 minit, dengan berehat selama 10 minit di tengah-ditengah. Kemudian 2 sesi 25 minit pula. 
Anda boleh tambahkan masa kemudian untuk memacukan diri anda untuk menulis dengan lebih lama setiap hari. 

1 comment: